Kelas Pendaftaran Shopee Affiliate oleh Rakan Digital PEDi Rantau Panjang

13 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Disember 2023, Selasa, Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Pendaftaran Shopee. Kelas bermula pada pukul 2:00 petang hingga 5:00 petang dan telah diadakan di Rh Suria, Rantau Panjang. Seramai 3 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan mengenai platform Shopee kepada para komuniti dan menerangkan tiga (3) komponen penting yang terdapat di dalam platform Shopee. Cik Geraldine Sema juga telah membantu para peserta untuk mendaftar Shopee Affiliate dengan tujuan membantu komuniti untuk menjana pendapatan sampingan.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menceburi dalam bidang yang baru dan secara langsung dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan. Selamat maju jaya dan tahniah kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali